Wednesday

MPC 2008 Appreciation Nite

One picture tell thousands of story... korang kenal sape itu orang yang pakai berlian merlit-merlit kat tangan dia tu? haaaa... AISYAH THE LEGEND beb!!! Keterujaan aku memang tak dapat dibendung lagi time amek gambar tu! mau aje aku suh sape2 yang ade kamera kat situ tangkap gambar aku dgn Kak Aishah ni sampai abes bateri diorg,huahuahua.

Okey, story tellingnya cenggini... company aku wat satu majlis dinner untuk sume kakitangan syarikat bagi menghargai keperforman, pengorbanan dan penat lelah selama bekerja. Actually dinner ini adalah idea big boss dan isterinya sbb sblom2 ni mana penah ade appreciation dinner untuk staff. Biasanya dinner akan dibuat bila ade family day, so ini acara ni adalah julung-julung kali diadakan la.


Akibat derhaka kepada ibu...:))
Majlis ni berlangsung kat Equatorial Hotel KL pada 30 Disember 2008. Majlis bermula pukul 8:00 pm dan dengan bacaan doa oleh Ustaz Badarol. Kemudian diteruskan dgn ucapan pembukaan oleh Madam Raja (isteri big boss) dan terus kepada upacara yang ditunggu-tunggu, upacara makan berirama. Dengan dipengerusikan oleh Abang Jem (bukan nama sebenar) atau En. Salleh Yaakob (SY); pelakon, pelawak, penyanyi dan penghibur terkenal memang majlis dinner malam tu meriah dan gamat. Seperti diduga oleh saudara Jai, lagu translate ke English turut dinyanyikan dan lawak jenaka yang slumber dan spontan amat menghiburkan.

Wajah-wajah terhibur

Tak cukup dengan itu, kami diberi kejutan dengan kemunculan penyanyi jemputan lagenda Aishah! (i luv u aishah! u r my idol!) Berbaju warna merah berlabuci (labuci ke berlian tu... hohoho) di hujung baju, dan muncul masuk dari pintu masuk belakang, membuatkan ramai tetamu terpana dan tergamam sekejap, "btol ke ni? aku tak bermimpi ke ni?". Bak kata kusyeri, tetamu yang meratah udang berhenti seketika, yang sedang bergossip turut terkedu! Aku tak banyak cita dah, kamera henpone aku sentiasa ready, snap aje sementara dia tgh menyanyi nak menuju ke pentas tu, dan sememangnya bukan aku sorg je yang tangkap gambo dia, sampe terblock dia nak jalan gi pentas tu, hahahaha.

Kemunculan Aisyah The Legend...

SUPERB BEB!!!
Lagu "syurga di bawah telapak kaki ibu" dan lagu Cline Dion "That's the way it is" amatlah memukau! (terutamanya aku la :)) hohoho) Suara yang lunak, padu, mantap, pitching awesome... ape lagi... sememangnya SUPERB!!! Power siot suara dier, dan ini first time aku dengar secara live, perrrrrrrrrrrgh.. terharu beb dapat dengar Aishah nyanyi live!!! Memang aku tak sangka company aku leh jemput penyanyi legend ni nyanyi kat dinner kitorg.... tenkiu bos! (ini bukan ayat bodek ar, hahaha) Aishah turut berduet dgn SY SY tanak lepas peluang nyanyi bersama tu! hohoho menyanyikan lagu "Dindaaaaaa.... kandaaaaaa...." dan seperti yang dijangka, lirik lagu berubah mengikut sedap mulut si SY tu, hahahaha... dah jadi "Aishaaaahh... Salleeeeeeeeh..." hohohoho.

Meja tempat aku mengketedarah!

Selesai legend menyanyi majlis diteruskan dgn upacara memotong kek bagi mencelebrate kan kakitangan yang lahir pada bulan Disember, kusyeri berserta abang Long dan kakaknya kak As turut naik ke pentas dgn birthday boy and gurlz yang lain bagi memenuhkan ruang supaya takdela nampak focus sangat kat anak bos nak potong kek tu! hahahaha. Dan selepas itu satu lagi kejutan kami terima iaitu pengumuman bonus untuk kakitangan yang akan diterima awal bulan January 2009 nanti... gumbiranya dalam hati~~~ bila boss umumkan bonus~~~ hahahaha... muka memasing menampakkan senyuman gumbira walopun ade yang wat wat cool jer, konon tak kesah sangat, hehehehe.Kitorg (aku, ted, kero, jai, jebat, balong n kamey) kat belakang dah takde kaver-kaver, bersorak siap wat mexican wave lagi.. (wave tu dalam hati je la.. huahuahuahua)...
Bersama pemenang woman best dress
Tan Sri Kamey turut tidak melepaskan peluang
Acara berikutnya adalah penyampaian hadiah utk best dress dimana dimenangi oleh Incik Samir dan Saudari Hasinah, dan pemenang dikehendaki menyanyikan lagu, huahuhauhauahuhauhau... sape suruh korang menang, kan dah kena nyanyi, hehehe.... turut dipaksa menyanyi adalah COO kitorg kerana hendak menyampaikan hadiah kepada pemenang! hahaha.. cayalah SY... ayat SY time tu "saya kerja je... jadi saya haruslah menjalankan tugas saya" lebih kurang camtu la bunyinya (aku tak hengat ayat dia yang tepat tu! huhuhu) pastu serta merta dia tanya lagu ape COO aku kena nyanyi, ingatkan dia kata camtu sbb takbleh suh COO nyanyi, upanya ayat tu untuk COO di mana SY mengambil bilangan majoriti kitorg yg menjerit suh COO nyanyi, hahahahahahaha.
Upacara mencairkan Arca

Tok tek tok tek, pukul 1100 malam barulah majlis tamat dan disusuli dgn sesi photography bersama artis... memang tak lepas peluang ar kan nak tangkap gambo dgn Aishah n SY! Waktu tu kak Aishah suda pun transform ke baju kaler hitam-putih dan bertatahkan berlian ditangan dan tudungnya... aku agak jela berlian kan, kalo labuci aku taktau ar, ohohoho. Aku mmg tak lepaskan peluang ar, tunggu peluang kasi leh tangkap gabar solo dgn Aishah dan SY, ni kalo tunjuk kat orang kampung ni jadi hot story ni... huahuahuahuahua.. ape-ape pun aku respek dgn diorg berdua ni, aku tau amek gambo dengan ramai-ramai orang ni penat, tapi diorg amatlah sporting sanggup melayan kerenah kami yang jakun nak begambo dengan artis ni,hehehehe.

White n Black
Black n black
30 sen, 30 sen!
Aku juga berterima kasih kepada photograper yang banyak amekkan gambo aku, guna henpon aku jugak iaitu incik kusyeri, incik Kero dan incik Jai dimana diorg menjadi pemerhati gelagat aku yang terlebey vitamin untuk bergambar pada malam itu, hahahaha.
Majlis bersurai lebih kurang sejam lepas itu dgn wajah yang ceria dan puas kerana kejutan-kejutan yag berlaku dalam majlis tersebut. camne jai rizal cita kat ko, bini dia dah siap pegang tangan time boss umum bonus tu eh hahahahahaha...

Orang kampong! lihatlah dengan siapa aku bergambar!!!
Dgn SY tu beb!
Ann dan Adah mengapit SY
gambar-gambar lain tak dpt dimuatkan sbb mmg ade je muka aku dalam tu, takot nanti ada yang jatoh chenta plak... nguanguanugahahahaha

Kak As n Kak Zie (HR)
Eeeeh...atas mak, ni anaknya.. huahuahua
Movie Poster Pose... Anak Mami? Tommorow Never Die? hohoho
James Bond, Bond Girl dan bapak james bond?!
tammat

Monday

Happy New Year... Salam Maal Hijrah!



sambungan ikan ooo ikan

Berjumpa lagi kita tuan-tuan dan puan-puan dalam rancangan memasak bersama selebriti~~~~ hahahaha
Okeh... aku tgh bosan ni... nak makan, baru je makan, kenyang lak tu... jadi taktau nak wat ape2 nih.. bukak game kampung aku, kejap jer dah beres... last last blog ni jugak aku bukak...hehehehe... sbb busan aku pun post la kan... lagi pun tgh ade idea, dan ade gambo jugak ni... hehehehe

Ehehehe, ideanya berkenaan ikan dan perot..... huahuahuahuahua....
baru aku tau, terer jugak aku nih rupanya ahahaha, siang ikan reti, masak ikan reti,hahahaha... bangga mak aku kat kampung tu! hohoho. Citanya simple jer... tghari tadi aku lapo... nak makan tapi rasa malas nak kuar sbb panas baek punya! skali aku terhidu bau hanyir kat tangan aku... cet bau ikan lagi daa... pastu aku pun terpikir, masak ikan ni pon ok! tak guna kalo aku siang tapi tak makan kan, ahahaha. Plannya aku nak beli menda2 yang perlu untuk masak-masak ni,baru la leh proceed nak masak ke ape ke kan. hehehehe. tapi dah lapo punya pasal kan,kayuh je la ape yang ade...
"hurmmm, nak masak ape eh, takan goreng jer,tak besh ar!" kata aLi adnan kepada dirinya sendiri,hehehehe. so, aku tgk la ape lagi barang yang ade kat dapor tu supaya aku leh masak ikan dan ada perisa.... bawang besar ade! okeh! bawang putih ade! okeh! cili kering... alamak dah tak elok daa.. cet... terbantut jap hasrat aku nak wat ikan masak pedas... hurmmm..... idea idea, bukak2 fridge,eh... nampak kicap... "TING" mentol kat menyala terang atas kepalaku, kekekeke... masak ikan masak kicap ar! hahahaha... ape lagi, aku pun dengan penuh bergayanya menjalankan rancangan masak-masak bersama aLi ini... tok tek tok tek... tadaaaaaaaaaaaaaaaaa! siap ikan masak kicap! hahahaha (gelak aku dgn bangganya sampai kering anak tekak) ...

laukku cukup masin

pastu, aik takan nak makan ikan jer... hurmmm... dengan penuh bersemangat aku bukak kabinet dapor tu, yeahhh, beras ade nih! yeaaaaaaaah, aku pun gi tanak/masak nasi... cet, patot tanak/masak la nasi tu dulu kan... hahahaha... sejuk ar lauk aku yang sedap tu! hahahaha...
haihhh, bosannya tunggu nasi nak masak nih... hurmmmm... godek-godek lagi.... eh aku nampak sesuatu yang hijau, dan panjangnya kontot2 la jugak... kacang buncis!!! hehehehe.... mataku bersinar-sinar bak harimau nampak mangsanya (ade ke perumpaan tu) ahahaha, kayuh jerla, sayur kacang buncis, here i come!!! huahuahuahua.... dgn menggunakan jurus cincangan tanpa batas kejap je kacang buncis tu aku potong...pastu tak sampai 10 minit dah siap dah sayor aku yang berkhasiat lagi menyelerakan itu,hehehehe. ahah, nasi dah siap, sayur dah siap, ikan masak kicap dah nak sejuk tu, dan perot aku nyanyi lagu disampingmu by divine master dah ni... tanpa membuang masa aku pun terus membedal! pergh, mmg skali lagi aku kata, bangga mak aku camni, sedap siot aku masak! (puji aku pada diri sendiri) huahuahuahuahua... makan siap bertambah lagi tu, hahahaha... eh, simpan sket lauk ni, malam leh makan.. hurmmm, bijok ali bijok!

sayur yang berkhasiat, makanlah sayur-sayur hijau ye semua!

so, skang ni, aku dah kenyang dan kebusanan... nak tido dah puas dah tido... hohoho... hah, kero ajak kuar makan tu, cet!! kenyang dahla aku makan! terpaksalah aku menolak pelawaan incik kero, aku suh dia gi makan dgn abang dia ke kat umah tu, huahuahuahua.
Jadi sekian saja penulisan aku di kala ini, terima kasih kerana sudi membuang masa membaca post aku yang ntah ape ape akibat kebusanan nih.. adios!!!


ikan ooo ikan

Yezzzaaa.... aku berjaya menyiang ikan! hohoho... mungkin menda2 ni perkara yang bese dan remeh temeh bagi orang yang bese wat,tapi ini merupakan pencapaian baru aku dalam bidang masakan! walopun aku lelaki merupakan lelaki "ganteng" tapi tak salah pun untuk aku wat kerja2 dapor kan? huahuahuahua. Baru la orang kata multipurpose atau fleksible atau ape-ape yang sewaktu dengannya.. hahaha...
Ah, FYI yang taktau agi, aku duduk bujang sesorg kat Ampang ni,jadi bese ar kan,kalo duduk bujang ni mmg susah nak masak... tapi mana datang angin kus-kus sampok aku,aku tetiba bermood utk masak jadi aku pun memulakan langkah pertama untuk menjadi Chef Masakan terterer di dunia! huahuahuahuahuahuahua :))

Selama ni aku tengok mak aku siang ikan nampak mudah, pantas dan bersih... tapi bila aku wat sendri.... nasib baik masih ade rupa ikan lagi,huahahahahaha.. rupa2nya agak lecey nak siang ikan, potong sana potong sini, buang sana buang sini, hahaha. Takpe takpe, slow-slow la kan, alhamdulillah dengan bakat yang Allah kasi kat aku aku berjaya menyiang ikan dengan cemerlangnya,hahahaha.
Dengan berdasarkan ingatan aku tgk mak aku siang ikan dan juga berdasarkan beberapa panduan dari member2 aku yang baek hati dan slalu membuat kerja-kerja ini,aku memulakan misi... "shiiiiiiiiing~~~~" pisauku bersinar-sinar... "syuuuuup~~~
syuuuuup~~~ syuuuuup~~~" bunyinya apabila besi tajam itu mengenai daging ikan yang segar itu. "...plop...???" aku taktau camne bunyinya bila aku tarik insang ikan tu kuar, huahuahuahua... tapi yang pasti isi dalaman ikan sume berjaya aku kuarkan dan disusuli dgn basuhan padu di sinki keramat itu bagi membersihkan sumber protien yang bakal masuk dalam perut aku itu. yeaaaaaah! "it's aliiiiiiive!!!!" eh bukan.. "siaaaaaaaaaap!!!"... jerit aku dengan gembiranya sambil badanku bergerak menari tarian cha-cha yg tak jadi :)) hahaha. aku berjaya menyiang ikan... eskperimen pertama berjaya!

Sekilo 6 hengget... 1/2 kilo cukup ar kan ;)
mata ikan yang bersinar2 menagih simpati aku supaya jangan makan dia
Hasil seni aku yang membanggakan... huahuahuahua

ok... dengan semangat yang setinggi rumah flat 4 tingkat aku duduk ni, aku meneruskan hikmat angin badai membelah awan itu terhadap 4 ekor ikan yang lain,hohoho... alhamdulillah jari-jari aku tidak cedera semasa eksperimen dijalankan, samaada kena pisau atau terkena duri ikan atau sebarang menda yang buleh menyumbang kepada hirisan yang buleh mengeluarkan darah dari jari-jemariku yang mulus ini... huahuahua...ok, pendek kata aku berjaya la siang ikan ni, hehehe.. pastu spt bese, taruk kunyit, garam.. simpan dalam fridge... yeaaaaaaaaaaaaah... settle!
Ahh, maybe pasni ade komen kata "Hoi, siang ikan pun nak wat entry ke?" hahahaha... maka sblom ade komen tersebut dalam post aku disamping jawapan balasan yang bakal bersambung2 sehingga 40 page aku akan menjawab "sukati aku ar! blog aku kan! huahuahuahua, nak post ape pun kan, hahaha..." ape yang penting....kerjaaaasama~~... eh bukan, ape yang penting aku dah wat sendri dan menda2 yang first time ni aku sajela nak kasi termaktub sket utk aku tgk2 nnt bebila hari tua... huahuahua :))
okeh, sampai di sini saja rancangan memasak kita untuk hari ini, jumpa di masa akan datang di waktu dan masa yang berbezaaaaa! bubyyyyyyyyyye!!! (intonasi gedik dan sila gunakan suara chef Wan ye)

Sunday

Kenduri

Smalam (20 disember 2008) ade 2 kenduri kawen member aku... satu member skolah satu lagi member U.... unfortunately, aku hanya dapat gi satu jer.. huhuhu... tapi agak berpuas ati sbb jumpa balik member2 skolah dolu2 nih... n dapat bermain futsal bersama geng-geng U...
okeh, storynya simple.. siang tu aku gi kenduri member skolah ni, 2-2 mempelai tu adalah member skolah aku! ehehe.. Munir dan Najmiah, hohoho... walopun tak serapat mana aku dengan depa ni tapi still kitorg keep in touch by YM, hahaha.. Munir ni dak kelas aku, dulu pengawas skolah dan dikenali sebagai genius! hohoho... Najmiah ni bukan kelas aku tapi dia adalah assistant aku as editor untuk majalah skolah time skolah dulu, hahaha... jadi kiranya 2-2 ni ade connection dengan aku ar kan, kekekekeke... ape2 pun ade beberapa shot yang aku sempat amik guna kamera phone aku nih (mmg selama ni gambo2 dalam ni kamera hone je) hahahahahaha

Pengantin berarak masuk
Pengantin pompuan time nak sambut pengantin lelaki
MunirNajmiah

Shot mempelai paling mahal!

Profesional photographer yg ditempah pun tak dapat ni taw.. hohoho


And then, malamnya aku gi bermain futsal bersama-sama member U yang datang ke kenduri member aku.. Fahmi dan Izzah... member2 U aku yang datang ni ade yang turun dari Utara. tu yang ade anjuran futsal bagi menambah aktiviti..ehehehe... tp gambo tak dapat ditangkap kerana faktor2 tertentu (bateri out!) hahahaha...

Ape2pun aku ucapkan tahniah kepada member2 aku yang kawen ini, semoga berkekalan sampai bebila dan berbahagia selalu... Amiiiiin

**saje aku wat tulisan kaler pink untuk menunjukkan suasana "pink" bagi meraikan kedua-dua pasangan pengantin ini. hehehe

Saturday

"terkejuuuuuuut!!!!" (dgn nada yang gumbira ye!)

Tanggal 19 Disember 2008... kitorg telah berjaya mengenakan Kak As, huahuahuahuahua (gelak dengan jahatnya!). Kak As atau nama sebenar Hasinah Ibrahim ni opismate aku. Actually kitorg kasi suprise party kat dier, buleh kira party la gak tu walopun tak seindah suprise party dalam tv tu, hahaha.
Kesahnya bermula cenggini...jeng jeng jeeeeng :D...
Once upon a time... ehehehe. Last week kami telah menerima sms dari Ann...
"Salam.. Kawan2 ari isnin nie birthday kak as...Kami plan nak wat2 lupe je birthdy dier, ari jumaat bru kt celebrate birthday kak as, tempat akan diberitahu kemudian, skrg nie sesi pengumpulan org.. Amacam?? In4m kekure skali org xda n0. Dier" (mmg sebijik aku salin balik nih)... n plan mmg berjalan lancar, seminggu bday kak As kitorg wat takde pape jer... siaaaaan dier,huahuahuahua... sure dia terasa sbb sblom2 ni bday orang dia yang sbok2 nak celebrate, tym dia orang tak hengat... hahahaha. So, seminggu berlalu, Kak As siap dah majok2 dgn aku tp tak nyatakansbb dia majok ar, dan aku masih wat wat taktau! huahuahuahuhau...
Tapi, sebenarnya kitorg dah rancang nak celebrate Jumaat malam pas office hour ar, plan memula nak celebrate kat Taman Tasik Titiwangsa, ala-ala picnic di malam hari kat area eye on Malaysia tu... tapi,sbb kekangan masa... plan kat situ tak jadi... so, aku dgn Ann bersetuju utk wat kat KFC wangsa maju... sebelah pizza yang slalu kitorg celebrate bday orang lain, ahahaha... so, ari Jumaat tu aku dan Ann membahagi2 tugasan. aku sebagai penjempot peserta dan arrange ape2 yang patot dan Ann melakukan tugasan yang sukar, iaitu untuk menjempot Kak as ke tempat kejadian tanpa dia syak wasangka ape2... kekekeke... Nak jadi cita, aritu Kak As ade hal plak... perghhh, "camne ni Ann?!" tanya aku kepada Ann,hahaha.. sambil2 bincang2 dgn Adah kat DBP, Adah kasitaw Ann suh wat ape2 pun janji Kak As leh datang... huhuhu.. susah tu, dahla dia ade plan lak kan... time tu aku dah takde idea dah, peserta2 dah dijemput, kek sudah dibeli oleh Incik Jai... hurmmmmmmm............
lastly, Ann mengeluaran ayat powernya.."Akak, Adah nak jumpe akak malam ni, dia cam ade problem je..." huahuahuahuahuahuahua... Dgn semangat setiakawan yang tinggi, Kak As mengatakan dia akan datang jugak, lain-lain halnya tu buleh disettlekan oleh dia sendri... hahahahahahahaha (jahatnya Ann!)
So, tikus dah mula berjalan masuk perangkap, kekekekeke... Ptg tu, dah nak siap2 skali lagi Ann tipon Kak As nak konpemkan la, "Akak, nanti jumpe kat KFC wangsa maju eh, saya dgn Adah ni, dia dah nangis2 dah ni" padahal time aku Ann dgn aku yang tgh tahan gelak tanak kasi kantoi! huahuauahuahuahuahuahuahuahuahuahauhauhauhauhuahuahuahuahua! Sampai kat tempat kejadian,Kidik dgn Kusyeri dah ade, peserta2 lain otw.. hehehe... kumpul2 sume, tunggu2... around 845 nampakla satu tiang tipon(jangan mara ar)... eh salah, Kak As jalan masuk, dia mencari-cari Adah dan Ann, tapi first-first dia nampak kepala kamey yang botak (kamey baru cukur kepala tym tu) and then nampak kitorg... kekekeke.. kitorg pun jerit(ala-ala kadar je jerit sbb ramai orang dalam tu,hehehe) "suprise!!!!" kekekeke....

menda pertama Kak As nampak bila masuk!

Birthday Gurl dan Kek Birthdaynya
Kami.. dan 2 orang perancang pakatan ini!

Kak As yang tertaktau nak wat pape pun asik kata "kuang aja... kuang aja... aku kena tipu" huahuahuahahua... Alhamdulillah segala2nya agak menjadi sbb mmg Kak as tak sangka langsung pun, mati-mati ar kena tipu dgn ayat power Ann... hahahahahahahahahahaha...."siot ar korang, nasib baik aku tak nanges" tu antara ayat2 Kak As jugak, hahahahahaha... pastu baru ar kitorg bitau plot sebenar dari 2 minggu lepas utk kenakan dia,hehehehe... papepun ampun ye Kak As...Happy 30th Birthday! Moga panjang umur dan murah rezeki slalu.. ehehehe ;)
Sesi bacaan doa oleh incik Kamey agar majlis berjalan lancar :))

Muka-muka kelaparan

Sesi suap menyuap
Bersama birthday gurl
Birthday gurl dan birthday boy.. birthday boy potong kek!

Sesi gelak ketawa dan bintang jari!


Actually, di samping mencelebrate birthday kak As, kiotrg celebrate birthday Kusyeri jugak... so kiranya two in one la, tapi takde suprise utk kusyeri ar sbb dia yang datang paling awal, camne tu? hahaha
Ape-apepun, terima kasih to all yang menjayakan plan ini...


Thursday

Fa wau ta sin lam... ;)

Seperti bese, rabu malam adalah malam membuang lemak,hoho.Alhamdulillah ramai yang datang malam semalam,rekod teramai stakat ni la... totalnya 19 orang! 19 orang yang belom campor team radio, bosses, team dota maniac dan yang kena outstesen. Cukup meriah dah tu, walaupun dapat main sejam setengah jer tapi basah dgn peloh jugak ar. Patot dapat 2 jam tapi sbb ade plak group sblom tu ngade2 nak start pukul 730-830... kitorg gak kena tempiasnya,haaaaihh... tapi ape2pun sumenya kasi kerjasama yang baek untuk meng"sub-out"kan diri sendiri pada masa yang sesuai bagi memberikan laluan kepada player2 lain. Peserta-pesertanya adalah:-
1) Jai
2) Aku
3) Samir dan anak-anak(anak2 de kecik agi, tak join ar)
4) Fakhrun
5) Man
6) Ajak
7)
Dak praktikal yang aku taktau nama :))
8) Hamdan
9) Kero
10) Rizal
11) Adi
12) Sri
13) Puni
14) Member Puni
15) Nabil
16) Member Nabil
17) Kidik
18) Adik Kidik
19) Member adik kidik



Sesi memanaskan badan, sampai berasap haa... hehehe


Mr Syamsul Tevez dan aLihiO!


Dari kanan: Steven Nabil dan membernya


Player-player berbincang mengenai strategi! :))


Membuat "warm down" hohoho


Dari kiri: Robie van Puni, member Puni & Frank LamSri


Van Der Syidi bersama adiknya

Ramai memang ramai ar, tapi cukup seronok,kekadang je nak ramai pun sbb kali ni ade add-on bukan dari company aku jer. Sume player menunjukkan skill masing2 walopun taktau skill ape yg dibuat,hohoho.Kerana agak slalu main, sume player sudah mempunyai stamina yang boleh dibanggakan...terutamanya aku ar...lagi2 bila masuk angin, 5 minit dah out...tak caya tanya diorg bila first time lepas pose kitorg main,hahaha... tapi kali ni sume bersemangat,gol tak terkira banyaknya la (mmg slama ni tak penah kira gol pun) hehehe...
Actually,malam ni ade kabar angin nak menelorkan si Helmy da' Dota maniac,tapi sbb apentah dia tak datang,takot ar tu! huahuahuahua.. siap ajak kamey lagi... dah kurang player,kalo tak sure rekod lagi ramai player datang lagi banyak,hohoho.
Ahaha,kali ni ade duit lebih lagi tu... jangan risau kawan2, aku tak amek, simpan utk beli air next week.. top-up sket dapat ar air mineral sekotak...hohoho... pasni aku nak lantik bendahari kelas nih, tak aci ar wei, lepas aku aku , lepas aku aku! jadi organizer plak aku tak pepasal,huhuhu. Papepun, aku harap aktiviti ni akan berterusan dan player2 datang dgn konsistennya...;)

Sekian ;)