Tuesday

Perform jangan tak perform!

Genap 10 hari aku tak wat ape-ape entri... ini menunjukkan bahawa "keterbatasan masa" berlaku di samping "keterbatasan kerajinan" turut melanda, ohohoho. Jadi sementara aku ade masa ni kayuh je la ape yang ade dalam pala otak. Apemenda yg aku tepikir aku taruk je la eh....

Jakun beb aku sampe JB nih, huahuahuhua

Last week, aku gi Tampoi Johor atas urusan kerja. Kalo ke selatan ni aku paling jauh penah pegi sampe Muar, Bakri jela... kalo exit highway tu yang aku ingat Pagoh ar... ehehe. Skali kali ni kena gi tampoi daa... aku ingat takde la ke mana sangat tampoi tu, upe²nya sampe ke hujung Malaysia siot. Siap nampak sigboard Woodland (singapura) lagi tu. Cet, aku tertipu oleh diri aku sendri, hahaha.

Itu kereta... bukan aku yang punya, ohoho

Mee Rebus Tulang... terus high aku pas makan ni!

Ape²pun aku lepak kerja la sebenarnya kat JB tu sampe ari rabu. kat sana la aku post entri gabai yang mendapat sambutan komen hangat terbanyak tu, dalam bilk server lagi, hahahaha. Yg penting keja dah beres, sume hepi dan aku pun perform (leh personal performance bonus 19 bulan nih.. huahuahua). Rabu aku chow balik KL, sampe dalam tghari kerana kerempitan yang aku lakukan.. jangan pandang rendah pada Sally aku tu walopun bertubuh kecik. Malam tu spt bese men futsal dan esoknya aku pengsan, masuk keja lambat lak tu, hohoho.

Suasana huru-hara di tempat kerja...

2 pekerja cemerlang yang dapat bonus 4 bulan.. ngehehe...
tgk muka bertungkus-lumus diorg tu!


Kamis n jumaat tu line network kat tempat keja aku tu giler, abes la pening sume orang, sampai PM² aku pun dah pening kepalo... huhuhu... dan disebabkan keadaan yang tak menentu itu, kitorg sume takleh cuti raya lelama, hohoho. Takpela, bersyukurla dapat gak cuti, leh balik kampong, rindu kat mak aku nih
"i luv u mom!" ohohohoho.

Agak² ar nak berdiskuss, macam nak bercium pun ade! huahuahua

Incik Wan yang sempat sengeh walopun keadaan huru-hara berlaku dikala itu

Perot kenyang baru kerja perform kan!

Minggu ni minggu bizi utk sume orang termasukla aku bese rileks je, tapi kali ni kena pantas dan tepat....hohoho. Dan, bukan minggu ni jer, untuk banyak2 minggu lagi ni rasanya, task long term punya nih, hahaha.. tapi takpe, ini menunjukkan aku pun perform ar! To opismet aku yg lain, aku pu perform ar, ingat korang je ke perform, hohoho... yg penting, pas kol 6 break time... bukak padang! huahuahuahua.

Bersama tukang perabis makanan, makcik FATi... hohoho jangan mara ar

Sesi bergambar dengan boss! hohoho

Skang ni, aku tgh idle jap sbb tunggu kerja nak datang... haaa, kerja tu nak datang... hohoho. Ye ar, aku kena tunggu colleague aku siap keja part dia baru masuk part aku,hohoho. Anyway, selamat bekerja untuk semua, dan especially untuk opis²mate aku, semoga lebih bersemangat utk bekerja dengan kemasukkan
wang tambahan ke dalam akaun anda arini... leh ar gi loyat lagi pasni, ohohoho

adios amigos!!!

Saturday

Ayaq Teghjun Gabai


10 aribulan Januari 2009, aku gi air terjun lagi... hahaha.. dah gila mandi sungai aku nih... best siot, aku suke mandi sungai~~~ ade kesempatan kayuh ar.

berdugong di dalam air

jangan pandang belakang! huahuahua

Peserta sliding air terjun menunggu giliran..hoho

aku wat entri simple je kali ni, kol 9 lbei sume peserta bertolak dari umah memasing, 3 keta sumenya... dalam kol 1100 sume sudah bergabung kat dusun tua... dengan incik kero sebagai pemandu arah kitorg pun menuju ke destinasi kami, Air Terjun Gabai. Sampai2 je, bayar sorg singgit kat pakcik jaga paking tu, pastu kami pun menaiki tangga "seribu". kecapekkan kami sume bila sampe kat atas tu... pasang2 khemah, makan2 pastu terjun!!!

Upacara memanggil ikan!!!

Kamey ade adik? hohoho

Susah btol nak dapat gambo bulatan.. akhirnya!!!

Air terjun de cantek dan sesuai untuk bawak kekanak sebab tak dalam, so diorg pun leh merasa la camne urut2 bawah air terjun tu, hohohoho
Kat sini juga ade sliding port, mmg sonang jer nak slide dier, even dak2 pompuan siap wat aksi superman lagi sliding kat situ, jadi takde alasan la aku tak slide kan, hohoho.

Cagu kaki sape paling lawa? huahuhua

"OMG! he so strong!" kata mereka semua!

Kitorg mandi dalam 2 round (satu round merangkumi sliding dan mandi bawah air terjun). Kawasan nak slide tu ke bawah sket, jadi tak menganggu orang2 yang nak mandi bawah urutan air terjun. Pendek kata, picnic kali ni agak sukses walopun pada mula2nya incik Kero dah down, seb bek aku terer!
huahuahuahuahuahuahuahuahuahuaahuahuahuahuau!

Acara makan sambil gadoh!

Kak As dengan anak.. eh anak sedara! hohoho

Bercanda di dalam sungai! hehehe

Peserta2nya adalah Kero, Amy, Kusyeri, Aku, bOo, Kak As, Shah (anak sedara kak As), Abby (anak sedara kak As), kamey dan Ann. Ok,kat dalam ni aku upload kat sikit gambo yang ade... bak kusyeri kata, "Gambar tidak dpt disiarkan krn mengandungi unsur2 18sx yg agak keterlaluan.. :p" lagipun sorg pun tak bawak kamera digital, ade ke patot! hohoho.. seb bek aku terer skali lagi, huahuahuahuahuahuahuahuahuahauhauhauhau!


Kusyeri

Amy

Kerol

Ann

Abby

Shah

Yas

Kak As

kamey (gambo dalam air kena tapis) :))

Babai gabai... we'll come again! hohoho

Thursday

corodok...

Cokodok ke cekodok? ke cucur kodok? boss aku panggil corodok... hahaha... banyak panggilan tapi yang pasti kita paham la kan.. cumanya, fahaman atau meaning dia je banyak berbeza-beza. btol beb, aku penah sembang dgn member2 aku, kalo utara lain, pantai timur lain,KL lain, selatan aku taktau la plak kan.... hahaha.

untuk aku, cekodok tu adalah kueh bulat2, kecik2 dan hasil adunan pisang dan tepung... itu aku panggil cekodok. Tapi pas sembang2 dgn colleague aritu dia kata cekodok = cucur, jadi cekodok aku tu dia panggil cekodok pisang.. pelik plak bunyinya, hahaha. Ade member aku lak kata "tu kueh jemput-jemput", dan macam2 lagi la bunyinya. Tapi aku menghormati pandangan diorg la kan, sbb selepas beberapa survey dibuat, macam2 jawapannya dan semuanya betol mengikut fahaman memasing.

Tapi yang aku tak puas ati plak bila ade la plak orang argue kata cekodok yang aku faham tu salah. Dia je yang betol! dia punya cekodok jer yang satu Tanah Melayu ni patot guna...haaiiihhh, nak lempang2 pun ade gak orang bijak self-over-confident terlebey ni... sabo ali sabo~~ last last aku biarkan dia dgn kepercayaan dia tu... biarkan si luncai dengan labu-labunya... orang lain pun dah tau perangai dier so layaaaaan~~

Hehehe.. pasal cekodok pun aku leh wat entri kan... sebenarnya aku goreng cekodok tadi tym berbuka puasa, spt bese ar eksperimen memasak agi ar, simple je pun.. lenyek2 tumbuk2 picit2 ramas2 cubit2 pisang tu, pastu taburkan tepung secukup rasa... pastu goreng.. siap!!!!!!! tapi first try lembek la plak, hohoho. takpe takpe, tambah lagi tepung sampai la chantek kan... hehehe. upanye susah nak bajet tepung untuk cekodok ni, kalo cucur2 lain sonang jer sbb mmg bahan utama tepung kan, hehehe.... alamak, termasuk rancangan memasak bersama artis plak ni, ehehe..

oklah, sampai sini aje, dengan mata yang mantok nih kang lagi merapu aku tulis.. ehe... okeh sume... selamat...


Gambar cekodok - pada pemahaman aku... hohoho
*gambar adalah hasil googlelan yang aku dapat, atas permintaan incik kusyeri

Tuesday

Muharram dan Hari Asyura



Muharram Menjelang Lagi

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga anda dan keluarga sentiasa dalam kesejahteraanNya.

Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 Jan 2009)

1. Melapangkan masa / belanja anak-isteri Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan Fakir Miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan Marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan Orang Sesat
Fadhilat Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala!"

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali Fadhilat - Allah akan
memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan (Disampaikan) Kepada Yang Lain-Lain.

Thursday

Ayaq Teghjun Lepok / Lepoh

*Segala gambar dalam ini adalah ehsan dari Fotopages Noranisah Ameer
We're Here!!!

1 January 2009... hari pertama tahun baru tu, aku dgn geng-geng opis telah pergi ke Air Terjun Lepok @ Lepoh kat Pangsun, Hulu Langat. Tujuan aktiviti ini adalah saja-saja nak mandi air terjun padahal kempunan semuanya tu disamping mengisi masa cuti tahun baru dengan sesuatu yang berfaedah daripada duduk mengular aje kat umah sambil menernak lemak yang berkadar terus dgn masa dan makanan... hohoho. Peserta-pesertanya adalah Kak Nisa (PM), Fati, Nurul, Ann, Jai, Teds dan aku. Walopun kami bertujuh, alhamdulillah kami berseronok sepanjang perkelahan kali ini.

Muka excited tanpa mengetahui apa yang bakal ditempuhi... ohoho

Perjalanan ke air terjun bermula pada pukul 1100am. ngam ngam pukul 1100 tu kitorg bertolak dari kaki bukit. Dgn hanya berbekalkan map dalam kepala otak dan sikit panduan dalam PDA kak Nisa kitorg memulakan perjalanan. Perrrrrrgh, rupa2nya perjalanan nak sampai ke air terjun itu agak mencabar. Aku sendiri tak bajet yang kitorg bakal mendaki bukit lebih kurang 75-80 degree! Aku dengan selipar raya dan yang lain2 dengan selipar ala-ala jer terpaksa la wat keras je meneruskan perjalanan. k Nisa jer dah ready dgn kasut sukan dan beg campingnya,hohoho.

Pit stop yang ke berapa ntah...

Kitorg berenti pit stop manyak kali la jugak akibat kepancitan mendaki, sume stok bukan kaki hiking atau tracking, dah pencen la katakan... kalo jalan2 kat shopping complex tu lain ar cita...hahahaha. Pacat adalah perkara bese, kat tanah dan daun2 tu sentiasa jer aku nampak, pagi la katakan, lembab-lembab je suasana kat hutan tu... sume dok pacak kepala jer tunggu rezeki (kitorg la tu) lalu... hohoho. Kitorg turut bertembung dengan kumpulan lain yang naik tapi diorg dengan kelajuan 140km/j... hahahaha.

Penunjuk jalan(paip air raksasa) yang melegakan hati... half way to the top!

2 jam kemudian kitorg sampai kat kawasan yang dituju, perrrrrrghhh... 2 jam beb! aku sendri tak sangka sampai 2 jam naik, pit stop manyak sangat tu.. hahaha. Sesampai kat sana kitorg cari port, teds dgn ann bentang khemah n kemudian mengketadarah nasi lemak buatan mak fati. siap betambah2 kitorg, punya la lapo memanjat la katakan, huahuahuahua. Pastu, ape lagi... seraaaaaaaaaang!!! sume tak sabo nak masuk dalam air tu, hohoho

Sesi urut-mengurut di bawah air terjun ;)

Sliding location... ;)

Pergh, sangat sejuk airnya... mmgla air sungai sejuk kan tapi mmg yg ni aku kata lebih sejuk dari yang lain, mengeletar pun ade ade, Ann siap kuar bunyi pelik-pelik lagi... huhuahuahuahua. 2 round kitorg mandi, aku turut wat aksi slide selepas ade orang wat slide dulu biarlah rahsia~~~ huahuahuahua Disamping aksi slide ala-ala sunway lagoon, terjunan "ku ibarat bintang" turut aku lakukan. Disebabkan aku sorg je yg lompat sana lompat sini, cam aku lak terlebey vitamin aritu, hohoho. Ape-apepun, kitorg sangat enjoy selepas berpenat lelah untuk sampai ke tempat tujuan, huhuhuhu

Possing jangan tak possing!

Enjoy!!!

Kitorg mandi 2 round je sbb terpaksa menempuhi perjalanan pulang pulak. Solat sume beres pastu jalan turun. 545 pm kitorg start jalan, sbb dah petang dan perjalanan adalah menuruni bukit, kitorg bergerak agak laju... alhamdulillah, sejam je kitorg dah sampe ke tempat paking keta. Dengan muka kepenatan tapi terpancar kepuasan, PM nisa menamatkan perkelahan kali ni dengan ucapan terima kasih dan ape-ape lagi ntah, hehehehe...

Possing sblom balik...

Sampai sini saje, segala details dan gambar2 lain bolehlah ke fotopage dan facebook kak Nisa, PM dan merangkap tukang penyedia kamera... sekiaaaan

*video sliding tak dapat diuploadkan sbb lambat giler... nanti aku terai lagi...

Will we come again?! bukan dalam masa terdekat ok.. hahaha

ayat stended dari aku: "rugi oooo tak ikoooot! hahahaha