Monday

♫ 24 ♫ Berkelah Waterfall

Journey to Berkelah Waterfall

Salam

Date : 15-16 February 2010
Venue : Berkelah, Maran, Pahang

Attendance : Tamimi, Cici, Doktor Rahman, kazen cici yang aku lupe nama, Fareez, Maya, Aku, katak, Kak Nisa, Kak Nana, Bro Otai, Bro Hezreen, Alip, Aiman, Daniel

Picture credit dalam ini belog goes to tamimi & kak nisa. Kamera lain aku tak hambek sbb banyok giler gambo semuanya, hohoho.

Da Journey begin...

Yosh~~~ setelah sekian lama aku tak gi camping akhirnya aku back to nature lastweek! Besh sangat besh! Subhanallah~ memang cun giler kat situ. Cite banyak tak guna, tgk gambaq je la kat fb... gambaq cun boleh ditengok kat fb tamimi sama daniel sama kak nisa. Mmg cun melecun! diving spot baek punya~~ camping site menyelerakan~ dan alhamdulillah cuaca cun ketika itu ;)

Bismillahirrahmanirrahim... kami memulakan perjalanan


Ok, just to share some info kepada sesiapa yang nak pergi or tgh mengusha Berkelah waterfall ni
  1. Bukan "leisure" trekking sangat
  2. Pakai kasut grip sbb denai & trek termasuk dalam kategori licin (especially bila start mengtrek kat batu²an. Boleh je nak pakai sandal ke ape ke, tapi must be carefull!!!
  3. Tali mungkin membantu untuk mereka yang bersaiz besar untuk memanjat!
  4. Sila mengfreehand tangan supaya lebih mudah bergerak (nanti nak guna tangan bawak sampah-sarap turun lagi kan ;))
  5. Sila bawak plastik sampah! PENTING nih! dan bawak turun balik sampah2 tu nanti
  6. Boleh naik lori sewa jugak dari tepi jalan utama kalau tanak spring & absorber kereta anda digunakan secara berlebihan.
  7. Trekking almost 2 jam secara berjemaah, kalo sorg2 leh la sprint asenya (stamina sederhana pun da ok)
  8. Bawak pelampung or life jacket, berguna untuk orang tak cekap berenang sbb kolam mmg dalam... marvellous! semulajadi ciptaan-Nya, subhanallah!
  9. DSLR sangat dialu²kan!
  10. Pakai je topi kalao ade sbb trekking di bawah matahari (kalau kena cam kitorg ni time musim kemarau mmg tebako + mengelupas sume). Agak² kalau perlu, pakai je sunblock, takde sape nak marah
  11. Sila bawak otai berenang a.k.a. lifeguard/baywatch bersama anda untuk kesenangan kelas berenang dan keselamatan ;)
Okes.. hopefully membantu. Skang aku teruskan penceritaan utk simpanan aku sendrik, hehehe

Bertolak dari KL pukul 930 jugak.. ampes jer sume, pukul 800 la sangat... abes kelam kabut team kak nisa takot lambat, huhuhu. Konvoi dengan 4 kereta, perjalanan yang lancar tiada jem... berenti isi tembolok kat R&R Temerloh di samping sesi suai kenal antara pasukan Kak Nisa & pasukan Tamimi... wah, bangga japs aku sbb jadi penghubung 2 kumpulan nih, keskeskes. Sebagai petunjuk jalan, exit Tol Sri Jaya ye semua.

Muka excited semuanya!


Pejalanan 2 jam tak terasa sbb ade walkie talkie dalam kete kitorg, hehehe. Sampe kat sana semua get ready dengan gear masing². 2 peserta tambahan juga suda ready kat sana dengan muke excited! Attire cam nak gi midvalley turut kelihatan dalam kumpulan kami, takpe... sbb Fareez kata trekking ni "leisure" aje sekali.... hambek ko! leisure la sangat. Naik lori sewa lagi ala² pekerja Myanmar + Philippine bagi tujuan menjaga kondisi kenderaan masing², hehehe.

Pulisi... lari lari!!!


Mula trekking di tengahari rembang! Bermula dengan trek simen... kemudian trek hutan... dan diakhiri dengan trek batu²an. Yang penting tujuan utama adalah campsite di puncak! hehehe. Semuanya gigih mengerah keringat... insiden² seperti tergelincir, tergolek dan terduduk adalah pemandangan yang biasa. Nasihat aku, baek²la trekking tu... Kak Nisa dan beberapa orang yang lain turut injured... naseb baek team aku ade doktor... naseb baek dia tak wat pembedahan je kat situ, hahaha. Yang penting time trekking ni, kerjasama & bantu membantu.

Agak² sape lagi berat? hahaha.
Kak Nana with her bag

Satu²nya peristiwa kejatuhan yang dapat dirakam


Soklan "jauh lagi ke?" "tak sampai lagi ke?" terdengar berulang² kali.. dan jawapan yang sama juga kedengaran iaitu "tak jauh da..." hahahaha. Ape²pun semuanya berbaloi baloi baloi baloi baloi tgk berapa banyak baloi... sbb mmg berbaloi! apabila kitorg sampai. Marvellous! Extravaganza! Kepenatan memanjat² hanya terasa sebentar sahaja setelah panorama indah menjadi tatapan kitorg! power seh ayat aku!

Subhanallah


Setelah set up khemah² dan ape² yang patot, semuanya menurunkan diri ke air terjun yang chantek itu! banyak kolam yang boleh digunakan, tetapi memandangkan tak semua cekap berenang, kolam nombor 2 menjadi wau, ade nombor ke kolam² tu? hehehe tempat mandi manda sbb ada kawasan landai. takdela orang yang tau kuak sukahati kempunan nak mandi, hohoho. Aksi terjunan flip, tiruk, bom dan pelbagai² lagi dapat dilihat disamping muka kegembiraan masing² terserlah. Aksi pelajaran berenang turut dapat dilihat untuk kelas beginner... pelajaran merentasi kawasan dalam dari batu tengah ke kawasan cetek untuk kelas intermediate dan kelas terjun tiruk dengan cara yang betul untuk kelas expert. Heh, memang meriah sungguh!

Diving @ Berkelah

More diving action

U jump, I jump! pasangan suami isteri yang bahagia! hohoho

Terjunan ku ibarat bintang turut dilakukan

Aktiviti malam takde apa² sangat kecuali menyembang sambil tunggu masakan masak! Sesi malam di ketuai oleh Doktor Love dengan menjawab macam² pertanyaan diajukan kepada beliau... dan beliau menjawab dengan selamba beserta contoh dan cerita² yang tak dapat dibayangkan akal pikiran lagi, hohoho. Memang takkan disangka² dia ni seorg doktor! bijok bijok! hohohoho. Menu makan malam juga adalah sangat sedap! Team otai menyediakan lauk pauk berupa sosej masak sos tiram beserta telur dadar!!! Nyummy!!! kami menyediakan nasi dan lauk sardin, okla tu kan.. hahaha.

Masak masak... makannn~


Aku tidoq kat luar malam tu, berbumbungkan bintang... Subhanallah!!!! mmg sangat² chantek!!! Sangat banyak bintang! time tu keluarla segala ilmu astronomi memasing, dan juga ilmu merapu. Sangat sangat sangat cantek, bape lame da tak tengok langit ni sebenarnya! hohoho. Btw, tidoq kat luar bukan sbb takde khemah tapi nak merasa gakla tidoq kat luar nih... sambil teman enche' tamimi skali... well, expectation aku adalah bakal kesejukkan... tapi dengan kuasa tuhan, selesa jer tidoq, tak berembun + adekala panas... ehehehe. Jadi sesi peniduran berlaku dengan aman dan nyenyak skali walopun sebelum tertidoq bermacam² bunyi didengari, hehehe.

kolam semulajadi


Pagi yang hening, kami menyediakan masakan dan ada yang mandi jugak dulu... nasi goleng chef cici dan alip beserta ikan bilis goleng fareez menjadi santapan semua, hohoho. Ape kesah, serbuk nasi goreng kan ade! hehehehe... dan selepas mandi² untuk kali terakhir kami bersiap untuk turun. Sesi photography juga berlaku (well, sepanjang perjalanan mmg berlaku pun sebenarnya, cuma kali ni beramai² almost semua ade dalam gambo)

One big family!

Yoooosh!!!


Dan sesi trekking ke bawah bermula... kali ini semua lebih berhati² yang lebih berwaspada agar takde kecederaan berlaku... dan alhamdulillah, semuanya berjalan lancar... sehingga kami pulang ke rumah masing... yang tinggal adalah kenangan di Berkelah dan kulit yang hitam dan terbako! hohohoho.


Bye-bye Berkelah... we'll come back again!


Kesimpulan.. Berkelah Waterfall sangat sangat sangatlah best! Disamping menenangkan diri dari kebizian, dapat sekali mensyukuri nikmat ciptaan-Nya... ape² pun.. thanks to organizer dan semua yang memeriahkan aktiviti yang besh ini. Like one big family da sme! huhuhu... len kali ajak lagi!!! hehehe

**pesanan penaja:- pandai masak, pandai makan... pandai²lah buang sampah... sila bawak sampah turun bersama, bukan dibiarkan aje kat atas tu (walopun dah kumpul sume sampah tu)... kata nak nikmati keindahan alam sekitar, jangan tau nikmati tapi taktau jaga! renung²kan dan selamat beramal~~~

sila la nak komen... walaupun entri ni nanti da berusia 50 tahun ke, hehehe

Saturday

♫ 23 ♫ Chinese New Year

Salam

Arghh... CNY ni aku tak balik kampong! Cuti 4 hari tu! adoilaaa.... tapi nak wat camne, khidmat aku diperlukan~ owh, bukan kerjaan ye tapi khidmat lain, n my mother yang suruh jugak... so, jangan melawan cakap ibu, derhaka namanya!

Kesimpulannya raya cina ni aku tak dapat balik jumpe mak aku :(( ape yang aku wat time raya cina ni? nanti balik aku habaq! adios

Why I Like It Longer

Salam & selamat sejahtera

Aku nak phone yang canggih-manggih! Yang sekali aku letak atas meja time makan awek2 akan usha aku dengan penuh kekaguman. Yang aku boleh guna selalu kat mana2, bila2 dan ape2 keadaan. Time perform buat kerja… oncall dengan client. Main game waktu bosan tunggu giliran kat bank. Ambil gambar candid aweks atau ape2 yang menarik aku nampak (jadik paparazzi). Dengar lagu & tgk movie kat mana2 aku suka. Even time aku tido atau tengah tension dalam traffic jam aku leh guna dengan gumbiranya! Kira semuanya aku boleh buat la guna phone tu. Nak nak nak sangat!

Dan satu hari, sebijik phone yang memang luar biasa telah menarik perhatian aku. LG Chocolate BL40. Phone sofistikated dan penuh bergaya. Menggunakan skrin sentuh dengan pelbagai fungsi yang tak dapat dibayangkan akal fikiran. Rekabentuknya yang panjang dan nipis merupakan cirinya yang paling menarik dan membuatkan ia lain daripada yang lain. Ya, aku tak salah cakap, panjang! Lagi panjang lagi bagus!!! Kenapa aku suka panjang2 ni? hurmmm... simple je, semuanya dalam perkataan LONGER sahaja


Nak cari phone baru? Nak tukar phone? jenis pelupa? pemalas? ganas? Nak petik jari semua dapat? Nah... LG BL40 adalah pilihan yang tepat! Sebabnya ialah “L – lengthy and technically desirable standard of choosing and using mobile phone.”

Takde kawan? atau memang skema sampe orang tanak kawan? Baru lepas break-up dengan pasangan? Nak cari teman? Hah, memang kau perlukan LG BL40 ni… no more being alone, no more LONELINESS. Kenapa? “O - OMG! Longer, but NOT LONER ok!”

Kawan2, sanak saudara kau asyik show off handphone XXXnya baru yang canggih itu… sambil berlagak diorg tanya “ada ke phone yang lagi canggih dari ini?” dengan selamba kau speaking English “N - no, nothing, nowise better than LG Chocolate!” dan pastinya dia akan terliur tengok LG BL40 nih

“G - give the gun to your life with LG Choc for lasting peace of mind” Yezaaa… say bye-bye to hidup yang membosankan tu. Hidup kau akan berubah seperti ulat beluncas yang baru bertukar menjadi rama-rama, hati berpelangi dan berbunga2, berterbangan ibarat burung bebas di awan. Jiwa juga tenang walau dalam keadaan paling teruk yang sedang dihadapi… coz u already have LG BL40!

Rasa kehilangan dalam hidup? Tapi tak tahu apa yang patut dicari? Itu tak kena, ini tak kena… macam ade lagi keperluan yang tak cukop je rasanya… heh, lagi satu sebab kenapa LG BL40 ni patot dimiliki “E - encompassing what you need beyond what you want”. Confirm lepas ni tak cari phone lain sudah.

"R - reach considerable distance and time at your fingertips." Semuanya di hujung jari beb! Ibu bapa dan sanak saudara berada di mana2 sahaja tak menjadi masalah! Rakan taulan atau rakan bisnes yang sentiasa bizi dan berada di planet utarid sekalipun juga tiada masalah! Ops… tiada rangkaian telefon lagi yang mampu ke sana, tetapi teknologi LG BL40 pastinya tiada masalah untuk mencapai mereka tanpa mengira masa dan jarak kedudukan.

Yezzaa, that's why i like it longer! simple, hanya dalam 6 huruf. Itu belum aku senaraikan dari A-Z. Sampai esok belom tentu habis baca karang ;)

I want it... I want it... I want it!


Tengok tengok! sebab tu aku suka panjang2 ni. Semua dapat dilihat dalam satu skrin. 4 inci widescreen HD LCD Real VGA mampu memaparkan segala-galanya! Apa gunanya skrin besar2 jika tidak menonton movies kan? Skrin lebarnya memecahkan tradisi mana2 phone yang wujud dengan 21:9 aspek nisbah skrin lebar dan kualiti cinema. Hiburan panoramik yang pasti takkan dilupakan!

Aku yang dikenal sebagai paparazzi kecil pastinya lebih lagi tertawan dengan LG BL40 ni. Dengan resolusi 5.0 MP kamera lengkap dengan LED flash, kualiti gambarnya usah dipersoalkan lagi. Mungkin gambar2 dari alam angker/ghaib turut dapat diambil kali ni! (harapnya tidaklah... scary woo~)

Memang sungguh ibarat model... slim sangat!


Berfacebook dan berblog tidak lagi menjadi masalah! Dan yang penting, no more side scrolling! Puas hati bukan! Complete Web Display yang pastinya menawan hati para internet surfer sekalian. Membaca emel juga menjadi mudah dengan Dual screen UI yang terdapat dalam LG B40 ini, di samping dengan kelebihan One Touch Copy & Paste yang mempercepatkan content transfer dalam sebarang urusan yang dibuat, seolah2 kita dengan menggunakan notebook atau pc di rumah! Pengalaman mobile computing yang amat mengagumkan!

Jadi, masih nak tanya lagi kenapa aku suke phone yang panjang ini? Apa² pun aku nak jugak, aku nak jugak, nak nak nak nak nak!

Panjang-panjang wahai telefon LG
Nipis dan anggun menawan hati
4" HD wide screen LCD
Bertuah badan andai dimiliki

Chocolate BL40 nama diberi
LG Black Label Series category
Stylo tak hengat reputasi tinggi
Apa lagi judges, berilah pada Muhammad Ali ;)

Tengok AVATAR sampai ternganga
Di skrin LG BL40 yang baek punyer
Ciri-cirinya juga macam-macam ada
That's Why I Like It Longer!

Wednesday

♫ 22 ♫ Tips Menang Mister Potato Contest

Salam

Pergh tajuk! konpem melambung visit aku minggu ni... ape lagi viewers & readers, da bukak tu klik ar iklan nuffnang aku! hohoho

Okes, another contest! nak menang tak??? dengan ini aku berbaik ati mengpromote contest lagi... yela, kawan² punya pasal aku tak kesah... amek sume amek!!! da menang jgn lupe panggil aku time open table! hehehe. Owh cume kali ni bukan nuffnang punyer la... tapi still mengebestkan hadiah de... bersepah² da iklan pasal ni... nak join ke tak je la kan.. hehehe. lagi² kalo korang mmg pemakan jajan² nih, mmg insyaalah tak jadi masalah... hehehe, cume jajan yang korang kena makan ni hah....


Tanak makan pun takpe, beli jer, pastu sedekah kat sape² yang lalu lalang... amek menda² yang patot je... ape menda patot? hehehe... kena la bace sampe abes... ;)

Okes, just info la aku habaq kat sini... yela... kalo korang malas nak bukak page mister potato mungkin kerana laptop or pc korang yang kurang power itu which memerlukan 14 menit nak loading abes satu page... tu lom kira lagi kalo tak install java lagi, plus hang akibat taskbar korang penuh (kes bukak banyak² windows & run macam² application... haihhhh) dengan macam², hehehe... so, jadi la kalo jadi baca kat sini kan... disamping bermurah ati klik iklan nuff aku ke... hehehe

okes...aku direct to the ampang point jela... step² kemenangan de adalah:-

-------------------------------------------------------------------------------------------

Step kemenangan pertama:
bila korang beli kentang menjilat jari mister potato 160 atau 75 gram korang leh dapat kod unik sms... hah, menda tu penting... amek, simpan, jangan buang... rugi oo.. kalo tanak kasi kat aku, pos jer... aku sanggup bayarkan bayaran pos korang tu... apelah sangat singgit berbanding RM 888 tu... 888 tu baru saguhati tu.. hehehe

Step kemenangan ke-2:
Pastu amek kalkulator saintifik korang yang canggih manggih tu kira jumlah berat depa ni...( i) Incik Potato (ii) Ortega (iii) Miss tres hermanas.. ops salah... si tiga pemain muzik, dan (iv) 100 biji kentang dalam guni itu... pakai sempoa pun ok... jari pun ade kalo da takde alat mengira kan, hehehe

Step kemenangan ke-3:
Hanto la ape lagi, penat jer korang kira² tu watpe... hehehe. Guna kod unik sms tu... camne nak nganto? anto kat nombot ni 019-397... eh, salah... ehehe... nombot ni: 33334... Ade empat 3 & satu 4... hahahaha.... dalam tigaposen satu sms, stakat yang de habaq ni la...

ape tak clear lagi? ini macam:

MP (jarak) Kod unik sms (jarak) Jawapan dalam KG (jarak) No. IC (jarak) Nama

Step kemenagan ke-4:
Da abes da... hanto je banyak² tapi satu kod unik satu penyertaan... paham² jela, bisnes beb... bisnes... kalo tak camne de nak bayo adiah nak menang tu? hehehehe. Dan, jangan buang kad kod unik tu... aku da kata awai² tadi.. simpan!!! yela... ko ingat senang² nak pecaya ko kasi itu sms.. hehehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------

Nak klu???? hehehe.. ni hah ade klu... aku printscreen jerk (terajin la plak kan malam² ni, hohoho) takde maknanya aku nak tulis satu², ohohoho

Mister Potato

Sama siot muke de nih... rekabentuk badan pun serupa, hahaha


Ortega

Ok.. honestly, de ni aku taktau... kenai bila jumpe kat iklan tv jer, hahaha


Tres (tiga) mariachi

Okes... mereka termasuk dalam kategori comel semulajadi.. lagi² yang kiri tu (Uno nama de kot)


100 Potatoes

No Komen, hahaha


Amacam? puas ati??? Ape.... tak???!!! susah payah aku kasi korang tak puas ati... suda laaa... da da gi main jauh²... gi ar sini kalo tak puas ati.... blah aar~~~

Sunday

♫ 21 ♫ Hadiah pree!!! senang ke nak dapat pree?


Salam

Okes, just for info readers sme... ade hadiah pree utk korang... nak tak nak tak??? haaaa mesti nak kan? hahaha... tapi yang pasti bukan aku kasi ar... aku bukan manusia yang pemurah sukati nak kasi menda kat orang.. nguahahaha... takde reta pun nak kasi kat korang...

Ni hah... 3 hadiah pree pertama ni slim, licin, panjang, lebar dan menawan... skali try asenya mmg konpem tak kuar bilik... tanak lepaskan dari genggaman dan simpan dalam bilik tanak kasi orang pegang²... mmg sungguh menawan dan sungguh menggiurkan.... ni hah gambo de.. jgn sampe meleleh~~~ bake laki baek pompuan tgk... waaaauuuuuuu



amacam.. nak tak LG Chocolate BL40 Phone nih??? hehehe.. nanti aku kasitau camne nak dapat.. hehehehe

Next, lebih kurang gak, but jenis henpone lain... BlackBerry® Storm™ 9520... hah! tgk la sket2 gambo de kat bawah ni... (gigih btol aku printscreen gambo henpone2 ni.. haihhh.. seb bek ade snag-it... hehehe)


okes... so gi kat link bawah nanti bace ape yang patot... basically, nak dapat adiah pree ni kena tawan ati pengadil dulu... wat entri yang bombastic n then kasi permalink kat emel address yang diorg soh kasi tu... kalo best karangan kau, dapat la adiah... manatau ade on, dapat 2 2 phone skali.. alhamdulillah~~~ kan kan kannn

okes.. selamat mengarang!


Nak LG Chocolate BL40 Phone???? klik sini

tulis entri power.. jgn lupa bubuh gambo ni kat bawah skali... Ni spec dier...


okes... henpone ni plak, nak menang BlackBerry® Storm™ 9520?? Klik sini...



** arghhh.. da seminggu da aku try wat entri pasal tipon menggiurkan ni... tapi haslnya hampess.... agak² kalao korang menang tu, at least roger la aku eh... pastu belanje aku makan ke minom ke sbb kasitau kan... hehehe.. adios!