Wednesday

♫ 62 ♫ Kisahnye

Salam

Member aku yang bernama Farah Fauzana bila masa dia kenai aku? wahaha kat HotFM menangis tak berlagu....
mmg pagi ni asik kena laser & diperkotak-katikkan dengan FBI & AG...

Colleague aku bernama Mieor dan Wan Baihaqi bersorak kegembiraan...
pukul 900 pagi la, or pas dapat bukak tenet...

BNS aku memang tak layan, tapi sbb smalam dia ada kata...
maksudnya dia pun keciwa la

BFF aku lagi la, jangan harap nak tgk, dok berbunga² pelangi segala bagai je skang...
tunggu masa la katakan... plus bizi get ready semua

Adik pompuan aku dah sampai kat JB, aku taktau dia gembira ke sedey...
tapi yang aku tau dia baru baik sakit gigi

Restoran tempat slalu aku lepak, tak sempat update fesbuk plak pasai ni...
sama ada pekerja² yang bertanggungjawab terlampau bizi, atau dah malas
atau kena marah dengan Khalil...

Bespren aku time U dulu, cikgu Oli nama dia, dah menangis awai sket la smalam... wehehehe


Ceritanya...

Portugal kalah 0-1 dengan Spain
Japan tewas Penalty Shoot-Out 0(5)-(3)0 dengan Paraguay


*aku ?? tidoq je smalam, bangun tgk result, pastu terus sms menghanjeng sape yang kalah, wahahahaha
/wahaha /wahaha /wahaha

Tuesday

♫ 61 ♫ Video Luna Maya dan Ariel

Salam


Mesti korang dah dengaq pasai depa ni kan? Si Ariel ni siap menyerah diri kat pulisi lagi... Luna Maya??? pi lari indon da kot... eh, mmg kat indon pun, hehehe.

/omg

Nak tgk video depa ke?

tengokla kat bawah kalau ade

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

laju-laju je kau scroll kan?

takdenya aku ade video diorg ni... baik korang tgk video ni... leh gelak guling²!!! (aku la gelak, korang tak gelak aku taktau la, mungkin tahap humoriti diri korang sangat tinggi)

nah, bace sendrik info pasai diorg.. membaca itu jambatan ilmu


tapi membaca pasai ni, taktaula ilmu ape korang dapat...


*aku terpikir time baca berita online pasai ni ler... kalau tajuk entri aku camni, camne traffic viewers aku??? wa tunggu je malam ni dengan besok... YAAAA... anda adalah bahan ujikaji pertama aku, wahahaha~ =)) =)) =))
-------------------------------------------------------------------------------------------
*Sebelum kau sumpah aku sbb wat fake entri biaq aku kasitau.. ini bukan fake entri yek... aku kasi link lagi... sumpah la diri sendri pasai search menda² tak berpaedah...
/dignose

♫ 60 ♫ Yok yo oo jer...

Salam

A: Game Brazil pukul bape?
B: Pukul 230 pagi...
A: Ooooo... ko tengok ke?
B: Mestila... team feveret tuh!
A: Ko tak kerja ke ape besok?
B: Kerja je... tidoq la dulu sblom tgk game tu....
A: Ooooo
B: Nak aku kejut ko ke kol 230 tu?
A: Buleh jugak...

skang dah pukul 550 pagi /blush...


tgh tengok siaran tertunda tv 1........... pun buleh~~~ still boleh belagak lagi kata "aku tgk tau game Brazil lawan Chile tuh" takde sape pun yang tau tgk siaran tetunda kecuali depa baca entri ni :-$

*Jumpa Netherland lak pasnih... baru fight! /wahaha

Monday

♫ 59 ♫ Aku.. Gua...

Salam

Aku still terasa best bila baca blog² lain yang menggunakan kata ganti nama diri saya "gua"... penulisan simple je, tapi bunyiknya lebih dramatik... penah aku wat satu entri pakai gua jugak, tapi bila baca balik, sipi-sipi je macam karangan aku time darjah 4.... kesudahannya tak post la

kesimpulannya... kalo terer bercerita, tak segan nak menambah kosa kata yang kurang selesa dengar, atau mmg idea kreatip giler, atau mmg hidop kau sunnguh dramatik... tak payah guna "gua" pun ok....

adios

*but still aku rasa guna "gua" lebih dramatik - apply to "kebanyakkan" blog berjantina lelaki la... org pompuan wat blog senang je nak kasi bunyik² jadi cumel... taruk template cumel² sikit, org tak kesah....

♫ 58 ♫ Ape erti sebenar lauk

Salam

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 (yang paling latest stakat ni la-->link kat sini) lauk bermaksud:-


1. daging atau ikan (lwn sayur) yg dimakan dgn nasi, pemakan nasi drpd daging atau ikan: sedap benar ~ hari itu; ~-pauk bermacam­-macam lauk;
2. Br ikan hidup; enak ~ dikunyah-kunyah, enak kata di­perkatakan prb nasihat yg baik perlu diulang­-ulang menyebutnya; lagi ~ lagi nasi prb makin kaya makin banyak sahabat; memberi ~ kpd orang membantai prb menolong orang yg tidak perlu ditolong; mencencang ~ tengah alat prb menceritakan cacat cela sendiri pd banyak orang; sebusuk-busuk ~ kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan; berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi: ter­sangatlah susah hati Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di dlm pantang lagi; berlaukkan menggunakan sbg lauk: kami makan tadi ~ ikan sepat siam.

Jadi......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

England Lauk! /wahaha

Kontrovesi? takyah sembang kat sini la... satu dunia dok sembang pun keputusan tak berubah... ape korang leh wat haa? lepas geram sendrik² jela... lagipun korang bukan warganegara England atau Mexico pun nak sembang lebih²

*seronok sungguh kutuk kalo team tak wa tak sokong kalah... kena blasah plak tu, wahahaha
*bagi sape² yang buta bola, atau pura² concern about WC, England kena hammered 1-4 dengan German.... 1-4 b eb!

Saturday

♫ 57 ♫ Ape kau buat pagi² buta ni syaitooon~~

Salam

Di sebuah restoran di Taman Melawati:-

Aku: Team feveret aku dah kalah... tepaksa la sokong 2nd team aku
Lain²: Dan-dan tu la nak sokong team lain!!!
Aku: Tak caye? naaaaaaaah~~ (sambil bukak jaket aku...)
Lain²: ooOOooOOoo (kekaguman dengan jersey aku pakai itu... ori ke tak? biar korang pikirkan dan kaji sendiri... hadiah dari ibu aku tu! hohoho)

So keputusan game malam semalam :
Brazil vs Portugal :0-0
Ivory Coast vs North Korea : 3-0
Chile vs Spain: 1-2
Switzerland vs Honduras: 0-0

game yang aku tengok dgn geng², game Brazil sama game Spain... pasukan yang layak ke peringkat seterusnya, Brazil, Portugal, Spain & Chile... yang pastinya team 2nd yang aku sokong mmg ade.... hahahahaha. Amad, Jai, Wan, Azpa dan Mieor dok bercakaran pasai team mana yang menang time tu... mmg kecoh bila gol ataupun nyaris² gol... hohoho

Pastu, siap aku dapat hadiah cabutan bertuah lagi, tak pernah² nak dapat cabutan bertuah kali ni dapat plak, dengan penuh² orang kat Restoran Al-Hilmi itu pun aku dapat? Alhamdulillah... dapat sebijik bantal yang leh taruk kat leher tu, rezeki la tu.

*Kalo aku seorang penganggur, memang tetiap hari sepanjang WC aku wat camni, wahaha

Friday

♫ 56 ♫ Cuti² Family

Salam

14, 15, 16 Jun... cuti skolah minggu ke-2... ape korang wat ar? ape? kerja? wahahaha.... mana ade orang keja time cuti skolah! :p
Bersama bonda terchenta

Ape aku wat time tu?
  • Aku, Ibuku, adik lelakiku dan adik pompuanku pegi jalan²... cuti² gitu
  • Pegi pantai timur je... sape kata Malaysia tak best gi jenjalan
  • Agar percutian tak memenatkan sbb driving, kitorg stay kat hotel, ala ape kesah, otel pree~ /wahahaha voucher RM600 kompeni kasi kan ade... tenkiu kompeniku~~~
  • Jalan gi Terengganu then Kelantan... tempat² fofular je pegi... tak cukup masa sangat pun nak gi sme tempat, hehehe. Permintaan MyMum nak jalan² sana tu, hehehe
  • Jalan² sampai tak larat nak jalanlah
  • Bawak/beli bekal seperti bese, suke btol makan² dalam kete dgn pemili ni... cam time kecik² dulu plak, suke suke suke~
  • Membeli-belah? ade la sket²... sket² je, boot kete cme cam susah nak tutup je /nobigdeal
  • Seronok sangat!
takdela tinggi mana adik aku, sape kata aku "kurang tinggi" ar

Camni nanti nak ajar anak murid kalo depa nakai

Nanti nak plan lagi lah, ntah bile plak eh... kali ni adik lakiku kena sponsor plak /dignose. Kalo bawak BNS skali pun cambest jugak, wahahaha

*Al-Fatihah to arwah ayah kawan aku (Intan Rahayu Abu Bakar) yang baru meninggal last week (18 Jun 2010). Sempat melawat beliau kat Melaka keesokan arinya...

♫ 55 ♫ Nehiiii~

Salam

Demmmmmmmmm~ Italy tak lepas gi pusingan kalah mati.... team feveret dah out! arghhhhhhhhh!!!

Tepaksalah merevealkan team feveret ke-2 yang dirahsiakan aku... iaitu Team $%^&*.... hahaha... takdenya aku nak habaq kat sini, tunggu malam ni aku join colleague aku kat Restoran Al-Hilmi kalau nak tau
Btw, restoran ni wat event² cam cabutan bertuah tetiap ari sempena WC ni, tetiap ari tu! Satu hari satu jersey... so sambil tgk kalau bertuah leh menang... Ape? ade astro kat uma? Skali skala datang kedai tgk bersorak ramai² pun lebih meriah dpd tgk sengap² atau sorak sorg dua kat umah.. kan??? More info gi kat fesbuk dia... link.

*janganla team rahsia aku pun out jugak...

Thursday

♫ 54 ♫ Company Family Day 2010 - part 1

Salam

Da dekat seminggu lebih aku tak usik blog ni... mari update untuk Family Day MPC 2010! Ye kawan² sme, kompeni aku baru lepas wat Family Day untuk tahun ni... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.... grand tak grand la jugak kali ni...

Yang pastinya, karangan kali ni sure panjang~ wahahaha

Dimulakan dengan aktiviti Treasure Hunt seawal 800 pagi... peserta semua berlepas dalam pukul 9 lebih selepas diberi taklimat oleh pihak penganjur. Banyak tu team... 14 team semuanya~~~

Bermula di opis MPC, Taman Melawati, berakhir di Pemaisuri Resort, Port Dickson. Task is simple, tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal pihak penganjur (mungkin baru berjinak² untuk menganjurkan event Treasure Hunt ini) menyebabkan perjalanan terbantut seketika... namun akhirnya, semua peserta selamat sampai ke destinasi, walaupun ada yang kereta breakdown... Alhamdulillah

Apabila otak mengkomen 01
  1. Penerangan permulaan - terang dan jelas
  2. Arahan untuk membuat task - mudah difahami
  3. Masalah teknikal yang berlaku (kat Nilai tuh) - tak sepatutnya berlaku
  4. Jawapan - jawapan clue sepatotnya ada SATU sahaja yang tepat... namun perlu ada juga utk kes jawapan hampir tepat (perlu wat ranking jawapan priority yang mana jawapan tepat)
  5. Peserta patot berlepas 2 minit setiap satu (masa berlepas perlu direkod, sbb disadvantage untuk sape yang berlepas last dan kenderaan yang tak berkeupayaan laju).
  6. Priority - Utamakan ketepatan jawapan untuk clue yang diterima, kemudian berapa lengkap task yang dilakukan dan akhir sekali barula diukur dengan masa sampai)
  7. Overall, menyeronokkan~~~
Tengahhari merupakan waktu semua warga MPC sampai.... disambut dengan seorang "Permaisuri" yang muda, wahahaha... well, nama pun pemaisuri resort, kira konsep gitu² la, hehehe. Peserta treasure hunt yang sampai dulu dibenarkan check-in untuk berehat. Manakala family² yang baru sampai terus pegi melakukan aktiviti wajib dahulu iaitu makan tengah hari, hehehe.

Petang... pukul 4 ade ceramah motivasi dari Ustaz Zahazan... bes woo... sempoi giler ustat ni... pandai tekel kitorg yang dok mengantok di kala tengahhari ini, huhuhu... tekekek²la jugak gelak dalam dewan takde ekon tu, hehehe. Ape² pun ceramah motivasinya mengingatkan kembali tanggungjawab² yang mungkin dah terlupa... hehehe

Abes² ceramah tu, aktiviti free & easy... kaum hawa aku tak nampak permainan apa yang dorg main, tapi kaum adam ade macam², hehehe. Aku... memula tunjuk skill sepak² terbang sbb kat pantai kan, syiok sket la main bola leh lompat² jatuh tak sakit ni, hehehe... tapi apakan daya, setibanya aku dengan bola di tangan... gelanggan penuh!!!! macam hape da aku tgk diorg main tu.... ayam kejar buah betik jatuh pun ade, whahaha... so, mainla aku bola tampaq... okla tu, leh terbang² dive² jugak... hehehehe. Ada jugak yang main banana boat, main jet ski... tak kurang yang hanya berjalan² menghirup udara segar bercanda di tepian pantai, hehehehe. Well, aktiviti masuk air mmg tak buleh dilepaskan... pas mandi laut, mandi swimming pool pulak... hehehe. Hantu air la katakan.... yela, kat umah aku mana ade swimming pool :p. hehehe...

*gambaq upload satgi, network lambat... dan kemalasan melanda tetiba... so sambung part nanti la eh.... :(

♫ 53 ♫ Bukak jangan tak bukak! hohoho

Salam

Ape yang bukak² ni haaaa???

Tu hah, bukak minda tu sket... mencapah sket pemikiran tu...

kena sound sket, sentap...
kena bebel sket, da mengomel², kutuk² dalam hati...
kena tegur, terus buat muka "macamla kau tu bagus sangat"...
takleh berpikiran positif langsung...
memang takde dalam kamus hidup, tegur itu untuk kebaikan...

Kelebihan orang tanak tengok langsung...
keburukan yang secotet diheboh satu kampong... heh...
bila da tekena kat hidung sendrik pun tak sedar diri lagi...
dia jugak yang betul...
sebab takde orang brani sound kot...
tapi pandai plak sound orang kan?...
tak pun kutuk sengap²...

kat mana jadi sme ni?
kat umah leh jadi...
kat opis leh jadi...
tgh main pingpong leh jadi...
main Dota pun leh jadi jugak...
main futsal lagi la...


Wahahaha... emo siot bunyik entri kali ni? hahahaha.... well, ekceli tangan terasa nak tulis, tapi otak kosong sekosong perot ini... ovaltine dan oat bakal menjadi mangsa la sat lagi...

Agak² tgh main PS3 or PSP pun leh jadi jugak ke? hohoho


Okeh u ols... sila renung²kan... kalau tak kena tegoq sampai bila pun hang taktau menda tu tak elok... atau kurang perfect... atau ape² jela... renung²kan dan selamat beramal~~

*bila cheque 55 hengget aku nak sampai ni... tak sabaq nih! hehehe
*Jai, ape ayat spesel ko? "amboi... amboi... amboi...???"

Tuesday

♫ 52 ♫ Yahoo... Alhamdulillah

Salam

Naaaaah... tgk ape ni...

Klik gambaq kalo nak tgk besar punya view

Lama tol baru nak sampe sini... yela first time la katakan, mesti de nak verify sme²kan, huhuhu... lama gak baru nuff aku nak lepas limit 50 hengget untuk dibulehkan untuk mengcashkannya... 4 5 bulan baru nak lepas 50 hengget.. ok la tu dpd tak dapat kan... tima kasih to readers yang klik, tima kasih to semua² lah... yang tak klik pun takpe, janji melawat blog ni pun da cukup okay... kalau nak aku klik balik, habaq kat chatbox yeap.. so skang, aku da almost nak dapat... jadi mari kita saling klik mengklik iklan nuff memasing.. yezaaaa....

*kecoh giler, org len sebulan dapat 2 3 rat tak kecoh pun! hohoho... ni blom dapat lagi ni, baru notifikasi jer, huhuhu
*doakan aku lebih dimurahkan rezeki... baik blogging mahupun kerja (eksaited appraisal aku camne ni.... dapat ke tak permintaan aku tu, huhuhu )