Bukit Broga, Semenyih
Ini cerita... pasai Bukit Broga
Sabtu lepas bersamaan dengan lima belas May dua ribu sepuluh, aku dan geng² opis telah bersetuju untuk menjayakan misi mendaki bukit broga. Emel alu²an oleh program director yang sukati melantik Kak Nisa menjadi event manager dah masuk seminggu awai. Tapi haram jadah sorg pun tak reply emel tu melainkan program director sendiri dan budak risikan (makcik ni ler) obereksaited je, hahaha... dengan aku² pun tak reply... Aku punya BNS pulak kebengkekkan dengan aku sbb dia pun nak naik tapi takde masa... time ni plak dia ade kenduri kawen adek lelakinyer... hahaha... sian dia... sabar ye my BNS, next time u pergi saya buleh menjadi tourist guide, hehehe
5.00 am : Jai sampai rumah aku dengan 3 askar lain
5.15 am : aku pikap 3 askar lain kat rumah Meor
5.30 am : pikap sorang lagi askar kat bukit langat- de naik kete sendrik
5.45 am : merempit ke semenyih
6.00 am : sampai kat petronas semenyih - settle solat dan kumpul peserta - project director bersama isteri dan si kecik da sampai
6.25 am : gerak reramai setelah semua peserta sampai
6.40 am : start panjat bukit broga
well, peserta-pesertanya adalah seramai 18 orang semuanya... di mana Kak Nisa yang dilantik sebagai EM takde, hehehe...
orait, tujuan utama nak naik bukit broga ni adalah untuk beriadah dan untuk aku, aku nak tgk sunrise... so, sbb kol 645 baru start panjat, so tepaksala laju sket kan... huhuhu. Walaupun nasihat "jangan push lebih², ikut kemampuan sendiri²" biasa didengari, namun sbb eksaited terlebey sme tak dihiraukan, hahaha... kesian plak sape yang follow aku... anyway, alhamdulillah dapat tgk sunrise walaupun bukan dekat the highest peak.
Dalam 9.45 am, sume da bergerak turun... wauuuuuu.. laju jer depa ni turun, siap tensen menunggu orang hadapan slow lagi, hahahaha.... anyway... alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan berlaku... aktiviti berkumpulan ini dalam pukul 10 lbei setelah semua peserta tak sabar nak pulang ke kampung halaman...tapi untuk kami team bujang, minum² dan sarapan dulu di kedai Ani Sup Utara dekat dengan Taman Pelangi Semenyih (aik, cam kenai je kan taman ni :p) then barulah masing² pulang.....
okesh... sket² tips dan info untu pendakian Broga Hills ni:
- Kalo nak tgk sunrise, paling cikai pun pukul 620 da kena start naik (tapi bergantung pada masa sunrise tu cepat ke lambat)
- Solat Subuh sesiap kat bawah, sbb kat atas tak digalakkan kerana ramai orang lalu lalang dan juga sbb korang da berpeluh²... tak seswai nak menghadap Yang Maha Kuasa dengan peluh² semua sedangkan bukan dalam keadaan darurat
- Bawak torchligt, akan banyak membantu sekiranya mmg plan nak mendaki tgk sunrise... gelap woo... manader lampu jalan, hehehe
- Pendakian adalah tak susah sangat, tapi don't overestimate yourself... bajet bukit senang pakai selipar jepun dengan seluar pendek cam spender... wear the right attire la... kata nak beriadah... selipar grip atau kasut sukan digalakkan.
- Bawak makan sket²... isotonik ok jugak, sbb kalau dah lama tak memanjat, mau ade yang nak muntah² dan pening.... itu tanda kepenatan la, ape lagi... badan tekejut tetiba...
- Ikot kemampuan diri... mmg la nak kejaq sunrise, tapi kalau hangpa kena recharge sat time mendaki tu, recharge laa... lain kali bateri dah tahan lagi lama boleh try lagi...
- Sekali lagi, pendakian adalah rileks... tetapi pendakian berupa terus menerus, means kurang tanah rata la... naaiiik aje, tak nampak pun flat surface until reach the 1st n 2nd peak... expect kemengahan akan berlaku ler... hehehe
*gambaq buleh tgk kat my fb dan jugak fb project director (Fakhrun) dan peninjau kawasan (Fizzi)


3 kritikan juri profesional:
iyer...iyer.. ikut kemampuan sendiri...tp bila dah naik mmg berbaloiii...penat lelah semua hilang...
hahaha..bes la..mcm mau pg la nnt..sila bg map boleh x??
btoi btoi... mmg penat diterbangkan angin kat atas tu, hohoho
map eh??? kitorg google map je pun... broga hills, semenyih... nanti kalo jumpe link wa kasi yeap
Post a Comment
Silakan silakan~~~ bukan susah pun nak komen... tulis je apo ekau pikir! Jangan mencarut suda! hohoho