Saturday

Cokelat dan Misi Menyelamat

Nape cokelat dan misi menyelamat? sukati aku ar, aku yang wat tajuk! huahuahuahua :))
Sebenarnya ia adalah 2 tajuk yang berbeza, aku gabungkan sbb tajuk cokelat tu cam takde menda aku leh cita sangat


CHOW CHOW LART

Cokelat Mahal :p

Sebenarnya, COO aku baru balik dari Amsterdam... damnn... amsterdam tu! hohohoho. Pastu de ade la bawak balik beberapa buah tangan dari sane... menurut mereka² yang ade kat office, ade keychain berupa terompah which i don't get it even da cop! huahuahuahua, menda magnet yang melekat kat peti ais nape peti ais? takleh lekat kat tempat lain ke? keta ke? moto ke? notbuk ke? hohoho dan cokelat!

Kayo eden! hohoho

Aku ade kat DBP time tu.... jadi mmg tak dapat la segala menda² tu.. tapi incik teds datang dengan membawa cokelat itu! Jadi, kitorg kat sini mmg tak ketinggalan mendapat buah tangan dari COO jugak. Disebabkan pembungkus cokelat ni cam menarik aku tak penah tgk pun lagi stail camni aku tangkap la gambo sebelum mereka-mereka ini menjadi isi perut aku... ohoho.

Euro Chocolate

5 Euro

10 Euro

20 Euro

50 Euro

100 Euro

200 Euro

500 Euro

Okeh, diingatkan bahawa di sini adalah gambo cokelat ye... bukan gambo duit btol ;). Kalo duit btol aku mmg dah open table banjer sape yang tgk blog aku ni.... ape² tenkiu boss sbb ingat kat kitorg kat DBP nih! (ayat bodek kasi bonus lebih ni)



MISI MENYELAMAT

JUMAAT, 27 MAC 2009 - Sebuah kereta kancil bernombor flat WHV751 telah mengalami pengalaman ngeri di mana kereta itu tidak dapat dihidupkan. Menurut jurucakap tuan punya daa kereta itu, Nursaadah Ismail a.k.a. Adah, beliau amat terkejut dengan keadaan yang berlaku itu. "Perkara pertama yang saya terfikir adalah tiada petrol yang mencukupi", kata Adah. Namun setelah anggota penyelamat pertama tiba dan mengisikan tangki miyak yang kosong itu,Dory masih dalam keadaan koma!

Jurucakap Dory, Adah tak ada~~

Pasukan bantuan tambahan, diketuai oleh Khalil menaiki basikal Tok Dalang Ranggi nya dan beberapa pekerja restoran juga tiba di tempat kejadian dan menjadikan keadaan semakin meriah seolah² ade pesta keramaian berlaku. Tidak dilupakan juga pekerja kedai tayar yang membantu dengan memberi pandangan mereka masing² yang pastinya mengikut pengalaman dan kepakaran mereka.

Anggota penyelamat pertama dengan aksi cool nya :))

Pasukan bantuan tambahan turut menghulurkan bantuan

Setelah bedah siasat dilakukan ke atas Dory di tempat kejadian, pasukan penyelamat pertama membuat keputusan untuk meminta bantuan tambahan dari pasukan gerakan khas diimport dari Ampang kerana alat²tan bantuan tidak mencukupi takde sebenarnya... ramai je lebih kat opis tu, sorang pun takde "jumper cable", termasuklah aku!...huahuahuhaua.

Antara penonton dan pasukan sorak Dory

Bantuan sampai setengah jam kemudian akibat pasukan gerakan khas hendak bersiap-sedia dahulu mandi dulu daa... nanti camne nak jadi hero kalo busuk! hehehe. Sewaktu ketibaan pasukan gerakan khas itu, kawasan kejadian semakin meriah dengan kehadiran penonton yang memberi semangat kepada Dory supaya tidak berputus asa terhadap kehidupannya. Setelah bertungkus lumus selama 2-3 minit, ek eleh, kejap je pun.. barang je takde jantung Dory kembali berfungsi dan orang ramai bersorak kegembiraan! Para wartawan tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mengambil gambar dan menemuramah jurucakap Dory....

Wajah keseriusan kapten pasukan gerakan khas (gambar kiri) bersama wartawan bebas sebelum kejadian bape lama sebelum kejadian punya gambar daa

Penolong pasukan gerakan khas di luar aksi menyelamat

Reporting tower anggota penyelamat pertama juga di luar aksi menyelamat

Kemudian, Dory diirigi oleh Sally KBY 2371dan lelaki yang tak dikenali keta sape ntah kak As bawakke klinik berdekatan, namun malang bagi Dory tiada klinik yang beroperasi pada waktu itu. Setelah perbincangan dibuat diantara Dory, Sally dan lelaki tak dikenali, keputusan dicapai supaya keesokan harinya sahaja Dory pergi ke klinik atau hopital berdekatan. Dengan berbekalkan saluran bypass khas (jumper tu laa) yang dipinjamkan kepada Dory, jurucakap Dory terpaksa akur dan pulang ke rumah dahulu.

Saat² cemas Sally membantu Dory ini dapat dirakamkan oleh jurukamera kami

Misi menyelamat berakhir pada jam 1025 malam.
*gambar akan diupdate dari masa ke masa ;)


-sumber REUTERS-

7 kritikan juri profesional:

Anonymous said...

kenapa pic penonton xramai asenyer ramai penonton malam tu hikhikhikhihk

aLi teRaroSa said...
This comment has been removed by the author.
aLi teRaroSa said...
This comment has been removed by the author.
aLi teRaroSa said...

gambar tak banak... kena amek kat mama paparazi merangkap jurucakap Dory iaitu Adah tak ada~~~ hohohoho

Anonymous said...

babe..asal delete tuh??

keyboardstuck said...

gambat tak banak...
apakah itu...
ade ke gambo luar tempat kejadian ditaroknye..
cam xbrp nak bole caye je berita ko post ni...

apex said...

aku dpt cekelat 500 Euro.haha suka gile aku
oit xaci gamba aku xde!

Post a Comment

Silakan silakan~~~ bukan susah pun nak komen... tulis je apo ekau pikir! Jangan mencarut suda! hohoho