Friday

Rombongan Che Hasinah ke Kenduri Kahwin dan Air Terjun!

KENDURI KAHWIN RAY

AIR TERJUN CHAMANG

Alkisah.... pada lapan haribulan March dua ribu sembilan.... aku n beberapa colleagues aku mengadakan konvoi ke kenduri kawen Ray atau nama sebenarnya Noraida Abdullah bersama hasbennya mmgla hasben kan,nama pun kenduri kawen Mohd Izhwan bin Muhamad.... Ray ni ex-colleague Masterplan, dan telah bersara pada tahun lepas, atau 2 tahun lepas aku pun tak hengat daa

Bergambar bersama hadiah... :p

Kesian kami, nak bergambar dengan pengantin da ramai sangat..
gambar pun jadi la~ hahaha


Plan asalnya pada 830 pagi nak gerak katanya... maka aku pun pas subuh tak tido la, ready2 sume... susah tu, dah bese tido pas solat subuh kan, hahaha. Sekali aku tipon ketua rombongan, sore atas katil lagi, cet... pastu tipon pembantu penolong, tak angkat.. huh... "jadi ke idok ni?" kata aku di dalam hati :p hahaha. pastu penolong ketua rombongan bitau aku de mandi da tadi, kira ok la tu... so, dengan itu tok tek tok tek sume, kol 1000 am baru aku sampe sana (umah ketua rombongan), dan aku jadi orang last plak, hampeh jer diorg ni... seb bek nasik lemak lauk paru tu sedap! hahahaha

Ray dan Husband dier!

Berseri-seri depa ni!

dalam kol 1040 pagi pun kami bergerak ke Raub, Pahang... so, dalam sejam lebih kami sampai kat sana. bawak slow² la sbb ade speed trap melambak nih.. kata incik kero... hohoho. dan dalam kol 1200 kami pun sampe sana berpandukan map kad jemputan di mana semuanya tertipu dengan skalanya terutamanya aku la, hahahaha. ape ape pun kami selamat sampe.

Titi gantung!

Muka gembira wat wat tak takot atas titi tu... :D

pergh, ramai beb!!! yela, namapun kenduri kawen kan, hahahaha... dan kami berjaya meloloskan diri masuk ke umah n bilik pengantin utk menziarah pengantin disamping mengambil kesempatan untuk bergambar... ketua rombongan kata amek berkat, mmg de amek berkat abes²san tu! hohoho. Dan, pastu makan² sampai buncit sket, maka kami mengundurkan diri... kejap je pun kat sana... ye la, takan pengantin tu nak enterten kitorg je kan, hohoho

Aksi "sayangilah sungai kita!"

Di mana kita berhenti, di situ kita bergambar! hoho

3 dara pingitan.. err, define pingitan pls... :D

sesudah pulang dari kenduri tu kitorg menuju ke destinasi seterusnya iaitu air terjun chamang. err... plan nak ke situ pun aku cadangkan camtu² jer, taktau plak nak jadi kan... ok la tu. kayuh je la, dah satu jalan pun... hehehe. So, kitorg pun gi mandi manda kat situ... leh tahan la lama gak... dekat 4 jam tu~~~ gossip², kutuk² orang dan melepaskan perasaan marah pada air terjun~ hahahaha... takde la camtu kan, dah lama tak jumpe sungai, berkubang la dalam tu puas2. dengan berbekalkan beberapa jajan² yang dibeli di pit sop petronas, kami mengisi tembolok yang kembali kosong selepas berkuak lentang dan gimrama air! hohoho

Bercinta di sungai itu indah~~ hahaha

Berdugong sampai kecut kulit~

Yeah! semestinya syok!

Shh... senyap... ade orang nak melepas angin tu! hahaha

Da settle² sume kitorg pun balik ke pangkal jalan... solat jap kat masjib besar Bentong tu...pastu chow. tapi sbb jajan je yang kitorang makan tadi, mana cukup beb! hahaha... so, perhentian seterusnya, R&R Genting Sempah... makaaaaaaaaan, then solat dan seperti bese, bergambar walopon kamera tak cukup memory akibat Adah tak transfer gambar berumur 14 tahun dalam tu, hahahaha...

Menda ke-8 ajaib di dunia berjaya kami temui! hohoho

Tidak melepaskan peluang bergambar di / bersama 8th wonder of the world

begitu juga degan incik Kero!

...dan kami semua! kecuali camerawoman... hahahaha

Ape² pun, trip kali ni still menarik kerana dapat memeriahkan majlis kenduri Ray dan mandi sungai! hahahaha.. tu laaa, aku ajak gi keduri tanak, kan da rugi! hahahaha... sekian ;)

Peserta² nya:-

Adah & Kerol...

Ann & Hamdan

Aku & Kak As

Sesi bergambar sebelum pulang

3 model pokok reject di R&R Genting Sempah... hahaha

Tammat~~~

7 kritikan juri profesional:

Anonymous said...

cun sgt2 cun cun melecun kak as pakai tudung...sy sokong akak 220%

apex said...

ni entri psl kenduri kawin ke psl kubang nih?gambo kubang je lebih..cett!

oit kamey.laju je komen ek.kui2!

keyboardstuck said...

en ali nape xcite psl en adi 'sesat' walau berbekalkan GPS. pastu cite superwoman...pastu cite mat rempit uji 'tangkal kebal'..tp plg penting ko nak rescue mat rempit 'lemas'...nape xcite skali..ramai nak tau tu.. :p


huh byk koma² la plak..hoho.

aLi teRaroSa said...

Kamey: Cun hooo... ntah sape2 orang yg kitorg tak kenal pun nak amek gambo dengan de, camne? hahaha

apex: gambo kenduri sket je, kamera adah takde space ar.. nak wat camne... takat kamera henpone aku ni, orang tak pandang ar kat kenduri.. hahaha

kerol: segan ar... lagipun malas nak menulis.. pekata ko pun wat entri pasal ni.. aku akan tulis, sila lihat sambungan di page inicik kerol! ok? hohoho

keyboardstuck said...

tiada lagi post di blog aku utk korg sesuke nak baca...kerana sapa yg membace blog ni akan dikatakan tiada kerja...so aku tanak la sbb aku korg sme kne..hahaha

jai said...

mcm boring je..seb baik x ikut..huahahahha

aLi teRaroSa said...

Jai jeles, de mmg tak dapat pegi.. asik bedating je keja.. huahuahuahua

Post a Comment

Silakan silakan~~~ bukan susah pun nak komen... tulis je apo ekau pikir! Jangan mencarut suda! hohoho